Wednesday 18 January 2012

Langkah Baru


'Lama menyepi tetapi berisi' maksud saya walaupun dah lama menghilangkan diri tapi minda tetap berfungsi untuk mencoret segala memori, pengalaman, pengetahuan ataupun pemikiran dalam blog. Perhatian, bukan badan yang berisi ya tetapi minda yang berisi. Dah lama rasanya  tak tulis blog ni yelah dek kesibukan pindah ke tahun baru, merentas pengalaman baru dan sibuk pula mencari azam baru. Tetiba malam ni tergerak pulak hati nak menulis sepatah dua maklumlah free. 
    Memang tak dinafikan semua orang ada azam setiap kali berganti ke tahun yang baru, tetapi terpulanglah pada kita sendiri sama ada nak melaksanakannya atau sekadar aku ada azam baru (tapi tak buat pun)..Saya?? semestinya setiap tahun silih berganti tak pernah ada azam. Saya merasa bahawa azam tak penting tapi hidup berdasarkan peredaran masa yang berjalan diselitkan juga usaha2 tertentu untuk mencapai kejayaan tertentu. 
    Tapi tahun 2012 ni tiba-tiba saya ada azam jadi saya berazam untuk merealisasikan azam tersebut (semangatnya aku). Nak tahu apa azam tu?? semestinya tak perlu tahu..biarlah rahsia. Jangan makan sosej kerap sangat nanti dapat cancer ni fakta bukan auta #sekadar selingan^-^
    Tadi rasa macam nak luah banyak tiba-tiba jadi slow pulak. Kali ni saya tak sempat nak typing sambungan novel 'Jangan Miliki Aku' tapi tak mengapa jangan terkilan hehehe mari saya tunjuk bakat saya yang lain pulak..syukur kepada tuhan dikurniakan pelbagai bakat seni dan dapatlah dikongsi bersama-sama=)




    


















 okay..cukuplah koleksi ni *-*..puji kuat-kuat boleh tapi kalau nak kutuk pastikan dalam hati .)

Tuesday 6 December 2011

Sambungan Novel


 Butik Alcrain’ne, itu adalah nama tempat Wrina bekerja. Butik di bawah naungan Syarikat Glamora Holding Berhad ini mempunyai cawangan hampir di seluruh Malaysia juga menembusi beberapa pasaran luar negara. Butik Alcrain’ne adalah butik yang menjual pelbagai rekaan baju dan fesyen terkini dan turut  menerima tempahan daripada golongan biasa, artis, VVIP atau kerabat diraja. Wrina merupakan pereka fesyen sepenuh masa yang sudah lima tahun berkhidmat di butik ini.
    Bakatnya dalam penghasilan rekaan baju sangat mengagumkan sehingga mendapat beberapa anugerah dan membawa keuntungan kepada Butik Alcrain’ne. Ini kerana ramai pelanggan yang gemar dan sangat  berpuas hati akan hasil rekaan Wrina. Setiap rekaan yang dihasilkan Wrina mempunyai motif dan keunikan yang tersendiri 
    Hari demi hari pelanggan tetap Wrina tidak berganjak dan pelanggan baru terus bertambah. Wrina berasa amat bersyukur akan bakat kurniaan Tuhan itu dan idea-idea baru yang sentiasa hadir dapat menyempurnakan lagi hasil kerjanya.
   “Aduhai Wrina, apa pasal kau lambat sangat,” ucap Linda sambil mencekak pinggang setelah melihat temannya itu masuk ke dalam pejabat dalam keadaan tercungap-cungap akibat kepenatan menaiki tangga.
   “Hey! Perkataan ‘sangat’  tu tak boleh diterima ok. Aku baru lambat err....,” lantas Wrina melihat jam tangannya.
   “Setengah jam.” Kata Wrina sambil tersengih.
   “Semalam lambat 20 minit..esok lusa 45 minit pulak. Taubatlah Wrina oi. Aku dah tak tahu lagi nak bagi alasan apa bila bos tanya,” kata Linda.
   “Ala Linda..kau macam tak tahu pulak perangai aku ni kan..,” ucap Wrina sambil membuat muka simpati kepada Linda.
   “Nasib baikla kau kawan aku kan,” balas Linda. Sudah masak benar dia dengan perangai sahabat baiknya itu. Selalu sahaja lewat ke tempat kerja akibat bangun lambat. Itulah tabiat buruk Wrina yang sukar diubah sejak zaman kolej lagi.
   “Aku sayang kau Linda hehe,” terus sahaja Wrina memeluk Linda yang selalu menyelamatkan keadaan.
   “Wrina, jangan gembira dulu ya. Bos nak jumpa kau sekarang harap maklum!” Ucap Linda sambil tersenyum.
   “Awak ingat ni syarikat jiran awak apa. Sesuka hati datang lewat. Awak ada jam loceng tak di rumah tu ke buat perhiasan saja. Awak kena ingat Wrina masa tu ibarat emas. Lagi satu, kenapa awak suka sangat lewat. Lewat pun tak suka kat awak, ingat tu. ‘Be more discipline’ Wrina,” bebel Encik Joe kepada Wrina di dalam pejabatnya.
   “Mana Bos tahu lewat tak suka saya,” ucap Wrina perlahan sambil tunduk ke bawah.   
   “Saya tahulah !! Eh saya bos ke awak bos. Kalau awak suka sangat lewat datang kerja, lebih baik jadi tukang jahit kat rumah takde siapa nak marah. Kering sudah air liur saya pagi-pagi ni bagi motivasi ‘free’ kat awak. Hah mana design baju yang saya minta awak siapkan tu?” soal Encik Joe memandang Wrina seketika lantas menyambung.
   “Saya tahu dah. Awak tak siap, bukan? Saya dah bagi tempoh yang cukup untuk awak....,” kata-kata Encik Joe terhenti di situ tatkala Wrina menghulurkan beberapa helai kertas yang mempunyai lakaran di atasnya.
   “ So, macam mana Bos dengan rekaan tu,” tanya Wrina. Bosnya itu terdiam tiada sebarang kata mahupun respon ketika melihat lakaran tersebut.
   “Kalau Bos tak suka takpe,” baru sahaja Wrina ingin menyambung ayat seterusnya, bosnya pun bersuara.
   “Eh nanti dulu Wrina ooooi..orang gila jer cakap tak suka. ‘Very astounding’ and unik sekali. Rekaan yang sebeginilah yang I mahukan. Nampaknya makin ramailah pelanggan kita nyah . Untung I dapat pereka fesyen yang berbakat macam you tau. Huh semangat mak jah,” tiba-tiba terpancul gaya kepondanan Encik Joe di situ kerana kegembiraan.
    Begitulah perwatakan sebenar bosnya itu. Kadangkala lucu hati Wrina dan teman-teman sepejabatnya melihat gelagat Encik Joe kerana sememangnya dia adalah seorang lelaki yang mempunyai perwatakan lembut, tetapi akan bersikap tegas secara sendirinya apabila marah seperti dua orang yang berbeza dalam satu tubuh. Jarang sekali Wrina menjumpai orang pelik seperti Encik Joe tetapi lama-kelamaan dia sudah biasa dengan perwatakan bosnya itu.

    Setelah diberi keizinan oleh Encik Joe untuk keluar, Wrine segera mempercepatkan langkah.
   “Fuh, berdesing telinga!! Apapun padan muka aku. Inilah padahnya datang lambat,” dia mengutuk dirinya sendiri.  
    Kelihatan Linda berlari-lari anak untuk mendapatkan sahabatnya itu dengan satu tujuan iaitu menyibuk.
   “So Wrina, tell me. Kau kena marah tak,” soal Linda ingin tahu. Wrina segera menjeling sahabatnya itu
   “Haha, I tell you what. Selagi minda kreatif Aku ni masih berfungsi..,”
   “Semuanya ditanggung beres,” Linda segera memintas ayat Wrina.
   “Aku dah hafal benar trademark kau tu Wrina. Menjadi santapan halwa telingaku setiap kali.” sambung Linda lagi.
   “Ehm tahupun. So excuse me Cik Linda, Aku ada kerja nak buat. Lunch nanti kita sambung cerita lagi okay,”  ucap Wrina sebelum berlalu pergi.

Monday 5 December 2011

Anda Tidak Keseorangan


Salam peneman blog yang setia, apa yang saya pernah rasa ini mungkin pernah dirasai oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Rasa yang saya percaya tidak disukai oleh kebanyakan orang iaitu rasa keseorangan. So, apakah yang menjadi sebab kita berada dalam situasi keseorangan. Semestinya kerana tiada teman di sisi untuk berbual, bergurau, bertukar pendapat, minta pertolongan dan untuk menjadi peneman ke mana sahaja. Ataupun tiada sesiapa yang ada di sekeliling untuk kita percayai, meluahkan segala masalah yang bersarang dan beranak pinak di dalam otak. Sarat dengan pemikiran yang berserabut. Setelah difikir-fikir tiada juga jalan penyelesaian. Lebih buruk lagi, apabila kita menghadapinya dalam situasi keseorangan.

    Kadangkala rasa keseorangan dapat mematangkan pemikiran dan diri sendiri dan ternyata ia berlaku pada saya. Bukan semua masalah perlu dikongsi bersama orang lain, ini adalah pendapat saya sendiri. Sebabnya manusia itu sendiri ada pelbagai sikap dan tingkahlaku kadangkala apa yang dizahirkan di luaran tidak sama dengan  apa yang tersirat di dalam diri seseorang. Hendak mencari orang yang sangat memahami diri kita adalah amat susah..ada pabila senang hilang ketika susah. Berkawan memang menyeronokkan tetapi adakalanya ia amat menyakitkan. 


    Memang perlu saya akui, amat sedih dan bosan apabila keseorangan, buat apa pun seorang diri, kawan tak tahu ke mana, tetapi saya cuba sedaya upaya memotivasikan diri sendiri sehingga mampu tersenyum semula (maksudnya kat sini hati gembira eh bukan senyum sorang2 macam orang gila tu hehe). Okay, kalau nak difikirkan balik, semua benda yang kita buat di dunia ini pun sendirian. Orang lain hanyalah sekadar bantuan atau melengkapi fitrah manusia yang perlukan teman. Tetapi andai ditakdirkan tiada sesiapa di sisi, janganlah bersedih kerana Tuhan jadikan seseorang itu untuk dia tabah menghadapi ujiannya sendiri kat dunia ini. Dalam kubur pun sorang-sorang ma ada orang nak hidupkan lilin kat dalam tu. Jadikan diri kita lebih baik daripada orang lain dan yang paling penting sentiasa beriman kepada ALLAH, oleh itu kita tidak akan keseorangan, kita bersama-NYA. 
    



   

Thursday 24 November 2011

Jangan Miliki Aku



Selamat datang ke dunia blog saya ucapkan kepada diri sendiri haha ini kerana saya baru sahaja mendaftar dalam blog. Mungkin sebelum ini saya tidak menyedari keseronokan untuk berblogging, meluahkan pendapat sendiri, berkongsi cerita, pengalaman, ataupun foto-foto menarik. Faktor yang menjadi penyebab saya membuka blog adalah kerana saya menemui bahawa laman sosial seperti facebook a.k.a. muka buku sangat membosankan bagi saya..saya ulangi bagi diri saya sendiri bukan sesiapa. Oleh itu saya cuba mencari medium lain untuk meluahkan pendapat atau berkongsi maklumat, hobi dan sebagainya. Bercakap mengenai hobi, saya amat meminati bidang penulisan jadi di sini saya ingin berkongsi sebuah novel hasil karya saya sendiri yang diberi judul " Jangan Miliki Aku"
Semoga terhibur membacanya...


Pena yang tergenggam kemas di jari yang tirus itu mulai menari-nari di atas sehelai lembaran kertas lalu melakar sesuatu yang unik dan berbeza. Tetapi ilham itu dirasakannya seolah-olah datang dan   pergi lalu ia terhenti dan membuatkan minda Wrina kosong seketika. Keesokan paginya, Wrina bangun agak lewat daripada kebiasaannya, dia tergesa-gesa untuk mengejutkan kedua-dua adiknya sebelum bersiap sedia ke tempat kerja.




    “Alamak tak sempat aku nak sediakan breakfast ni..dah la bangun lambat..aduhh,” rungut hatinya. Dia menuruni anak tangga dengan keadaan tergesa-gesa sambil memimpin tangan Dieya. Malangnya Dieya tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana dia telah mengalami demam panas selepas sehari terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika usianya menginjak 3 tahun.

    Tragedi ngeri itu telah meragut nyawa insan tersayang iaitu kedua ibubapa mereka tetapi Dieya terselamat daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya tersebut. Dieya kemudiannya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana demam panasnya semakin kritikal.
    Dugaan demi dugaan semakin meruntun jiwa Wrina. Sejurus selepas itu, doktor mengesahkan   perkembangan mental dan fizikal Dieya telah terbantut dan dia tidak akan dapat berfikir dan membesar lagi seperti insan normal yang lain. Hakikat yang tidak pernah diduga oleh Wrina sama sekali telah pun terjadi. Amat pilu hatinya tatkala mengenangkan nasib Dieya yang kehilangan kasih sayang orang tua di usia yang sangat muda dan pada masa yang sama hilang kehidupan sebagai manusia normal. Oleh itu, Wrina berusaha  melimpahkan sepenuh kasih sayangnya terhadap Dieya untuk memastikan insan cilik itu terus mengecapi bahagia dan mendapat perhatian secukupnya.
    Kini yang tinggal hanyalah mereka tiga beradik, Wrina selaku ketua keluarga juga kakak sulung. Danie pula, anak kedua yang sedang menuntut di sebuah kolej tahun akhir dan Dieya adalah satu-satunya adik bongsu mereka. Walaupun dugaan ini dianggapnya berat tetapi Wrina dapat menghadapinya dengan jiwa yang tabah beserta kecekalan hati yang kuat.
    Ketika sedang menuruni anak tangga barulah Wrina menyedari yang Danie belum turun lagi ke bawah.
   “Danie!! cepat turun kakak dah lambat ni nak pergi kerja,” perintah Wrina.
   “Kakak nak sarapan dulu?” tiba-tiba dia terdengar suara adiknya di dapur di ruangan sebelah lantas cepat-cepat dia berpaling ke arah dapur. Di situ Wrina terkejut melihat adiknya sedang enak memakan beberapa keping roti di atas meja makan.
   “Hai bila pula kau turun Danie, kakak tak perasan pun siap melantak lagi. Kau ke yang buat semua sarapan ni?” tanya Wrina seakan tidak percaya sama sekali.
   “Dah kakak tu bangun lambat memanglah tak perasan. Ala setakat ‘breakfast’ jangan pandang Danie sebelah mata jer. Tengok pakai dua belah biji mata kakak yang sepet tu,” katanya dengan nada bangga sambil mengunyah baki makanan di mulutnya.
   “Yelah Danie kakak tahu," ucap Wrina sambil menjeling adiknya itu.
    “Encik Danie, tolong percepatkan makan anda itu ye sebabnya kakak awak ni dah lambat sakan,” ucap Wrina lagi kepada adik lelakinya itu sambil mengelap mulut Dieya yang comot. Danie masih lagi tersengih-sengih di situ seperti kerang busuk lagaknya. Wrina segera mencapai dan menghirup secawan air kopi yang dibancuh oleh Danie.
   “Eeuhhh!! kau ni buat air kopi ke serbuk arang pahitnya aduii..” tersentak Wrina dibuatnya kerana kepahitan air kopi itu yang melampaui batas.
   “Entah..bukan selalu kakak  buat letak tiga sudu besar serbuk kopi ke jadi untuk menepati citarasa yang ideal, Danie letak kurang sikitla dalam dua setengah sudu macam tu. Danie bancuh khusus untuk kakak sampaikan Danie minum air kosong jer ni,” bicara Danie sambil tersenyum bahagia menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi.
   “Haa sudah, tak payah nak senyum tu lebar sangat 'and' terima kasih banyak-banyak Danie, Kakak terharu sangat ni. Lainkali biar kakak jer yang buat air kopi ok,” terang Wrina sambil membulatkan matanya yang sepet seperti amoi itu. Danie tersengih lagi.
   Selepas menghantar Dieya ke rumah pengasuh dan Danie ke kolejnya , Wrina memecut laju ke tempat kerja kerana sememangnya dia sedar yang dia sudah terlambat. Sampai sahaja di depan kawasan Butik Alcrain'ne, syarikat Wrina bekerja, tiada ruang kosong untuk parkir kereta .Selepas berpusing-pusing mencari parkir, akhirnya dia menemukan juga itupun di penghujung ceruk tetapi dia tetap bersyukur daripada tiada langsung.
   Dia berlari-lari anak untuk mendapatkan lif malangnya ketika dia sampai, lif sudahpun dipenuhi orang tetapi tanpa mempedulikan situasi itu Wrina terus sahaja meluru masuk kerana kelewatan. Tiba-tiba lif berbunyi dan seorang lelaki dalam lif itu pun bersuara.
   “Lif  lebih muatan ni”, kata lelaki berkemeja jingga itu. Lalu semua yang berada di situ memandang ke arah Wrina. Tanpa pilihan Wrina terpaksa melangkah keluar semula.
   “Ehm kalaulah aku ni Siti Nurhaliza, mesti dorang semua tu utamakan aku. Eleh macam aku hairan aku boleh naik tanggalah,” rungut Wrina di dalam hatinya walaupun dia sedar memang itu kesilapannya yang menjadi orang terakhir memasuki lif.
To be continued...